Friday, June 17, 2011

Jalan2 Cari Makan @ Hatyai - Day 4 (Hatyai-Dannok)

Last day kami di Thailand...

9.oo pagi semua dah terconggok tunggu depan hotel. Kami decide nak ke market dulu untuk shopping apa patut. Naik tut tut je dengan harga 20 Baht seorang. Dalam 10 minit je sampai. Lagi senang kalau nak meronda kat Hatyai ni pakai Tut-tut je.. Sampai di market cari kedai makan dulu. Payah jugak. Silap datang sini cari makan. Patut cari area hotel tadi je dulu. Meronda punya meronda kami dikejutkan dengan bunyi siren diikuti dengan lagu kebangssan negeri Thai. Yang bagusnye dan kami respectnya ialah semua axtiviti masa tu terhenti dan semua rakyat mereke berdiri hormat. Motor ke, kereta ke pakat stop kat tengah2 jalan tu tunggu sehingga lagu habis. Senyap sunyi je masa tu. Tabik spring la... Hormat abis. Habis je la masing2 continue urusan masing2. Kami yang asing ni pun masa tu nasib baik tengah berdiri jadi kami pun join jugakla...
Sambung cari makan terjumpa satu kedai jual nasi campur celah2 kesibukan pasar tu. Tapi meja limit. Kena tunggu orang abis makan dulu, then only kita duduk makan. Ngam2 kami berlapan dengan meja yang ada. Dan byk lauk pauk di jual di sini. Dan harga pun berpatutan jugak.


dalam tuk tuk on the way ke pasar

dah sampai...
tshirt dan beg baru beli semalam!!!!

mula acara makan

ikan goreng dengan gulai rebung

daging goreng berlada dengan haruan kering..
suka haruan ni.. sedap

dekat sgt dengan lauk pauk..
senang nak tambah kuah

start meronda market..
byk pilihan bakul plastic di sini

berani tak nak pakai beg ni

1/2 jam meronda ni, watee dzul, is dan lidd decide nak balik hotel je.
tinggal yang lain2 kami chow dulu sebab nak sambung
shopping kat area hotel.. more up to date bajunya

model coke

Aktiviti shopping sampai pukul 12 je. Kami check out dan terus plan nak balik ke Malaysia. Kena awal sebab besok ramai antara kami dah mula bekerja.

Tapi on the way, boss singgah kat satu kedai advertisement untuk buat sticker plate kereta mcm yang kami buat tu, sebab Ida pun teringin nak buat satu untuk letak kat kuda merahnya. Tapi bukan Ida seorang je yang buat, kesemua kami turut serta buat sticker tu untuk kenang2an dan bukti yang kami juga dah sampai ke Thailand ni. Marah Ida.. tak aci katanya pasal kalau ikutkan memangla kereta yang masuk Thai je yang layak wat sticker cam gini.itu ikut kata diala kan. dah la masing2 aritu pakat refuse nak bawak kereta masing2 utk cuti ni.. apa2 je la... yang penting semua dah sampai ke sana.

Memang ada dalam itinerary kami akan ke Samila Beach semalam. Memandangkan kami tiba di Hatyai pun dah malam kami batalkan aktiviti tu. Sementara tunggu sticker kereta tu siap (almaklumla untuk 7 biji kereta)  dalam satu jam jugakla siap, bos decide kami ke Samila Beach dulu. Ok je la yang lain. Ikut je la apa kata bos.

Sampai di sana, apa je la yang menarik tempat ni kan. Sama je macam Port Dickson rasanya cuma yang ada statue seekor patung duyong. Amik je la gambar beramai2.. huhu akak pun tumpang la.. dah 3 kali sampai kat sini, amik jugak gambar tapi version yang berlainan kot..

Layankan gambar....







Layan ice cream kat sini..

Coconut icecream yang yummy!!!!

Ok sejam kat sini kami terus pergi ambil sticker yang ditempah tadi. Dan si Ida pun mula la start menayang sticker nye.. Welcome to the club.
Semua tak nak kalah

pose ngan MBU dengan sticker setahun yang lalu n ya
Dalam pukul 4 jugakla kami bertolak ke Bukit Kayu Hitam. Perut masing2 dah lapar. Kami singgah kat restoran betul2 dekat pagar masuk check point kastam untuk lori2 yang keluar masuk Malaysia-Thailand.
Makan kat sini biasa2 saja. Sama macam kat Malaysia. Sambil tunggu hidangan kami pakat berentap main tudung botol.. wah hebat u all kami main...





akak tunjuk bakat

Makanan yang diorder


Ok pukul 8.00 malam baru masuk imegresen untuk urusan cop mengecop lagi.. Tak berapa sesak.. Setengah jam sahaja kami di sini.. Terus shoor balik ke Melaka tapi sempat singgah Puchong untuk ambil anak2 Watee yang dirindui dan dikasihi.. hehehehehe
Pukul 6 pagi jugak kami sampai Melaka.. mana yang kerja tu terus siap mandi kat rumah Watee dan terus pergi kerja. Huhuh nasib baik percutian ni tak begitu meletihkan.
Apa2 pun kami semua amat berpuas hati dengan percutian yang kami istiharkan Hebat ini.. masing2 dah jatuh cinta dengan Thailand.. dan rancang untuk buat trip lagi cuti raya cina ni... KOH SAMUI.. tunggguuuu


No comments:

Post a Comment